Wednesday, 17 August 2016

SENTIASA SEGAR DALAM INGATAN



Sentiasa segar dalam ingatan..

Dialah satu2 nya datuk @ tokki yg disayangi.Beliau sering memenuhi apa saja keinginan aku dan adik sebagai cucu kesayangannya.Sentiasa menjenguk ku dirumah..sentiasa..itulah orang yg paling aku sayang.Paling baik kepada ku.Dulu, tokki selalu saja memberikan ku duit belanja dan menuruti kemahuanku.

Ya Allah,rindunya..

Andai kata masa dapat di undur, ingin sahaja aku membahagiakan nya.Tapi apakan daya tuhan lebih menyayanginya.Al-fatihah buat arwah tokki Hassan.Tetapi aku bersyukur diberikan peluang dan kesempatan menjaga tokki semasa terlantar dihospital.Waktu tu aku form 6.Aku terpaksa cuti sekolah dengan agak lama untuk menemani dan merawat tokki dihospital.

Pada mulanya tokki dirawat dihospital dungun terengganu,tetapi anak saudara nya membuat keputusan untuk transferkan tokki ke Hospital Kubang Keriang Kota Bharu memandangkan di dungun tiada siapa2.Aku lantas mengikuti bapa saudaraku ke Kota Bharu demi menjaga tokki.Terasa sangat sayu jika mengimbau kembali detik itu.Memori itu masih segar dalam ingatan.Buat sementara waktu, aku tinggal dirumah bapa saudara iaitu dikampung Tualang Bangu untuk memantau keadaan tokki.Terpegun melihat sungguh cantik negeri kelantan.Udara segar dan banyak sawah padi.


Bermula la rutin harianku.Setiap hari aku ditemani ibu saudara dan bapa saudara menziarahi tokki.Terasa sedih melihat keadaan tokki yg x berupaya ketika itu.Aku terpaksa kuatkan semangat walaupon tiada tempat mencurah perasaan.Untuk pengetahuan semua aku jarang bertemu bapa saudaraku itu.Jumpa tu pon, setelah tokki sakit tenat.Sakit tokki dikategorikan sebagai sakit tua.

Sejak dari kecil lagi aku berdikari dalam semua hal memandangkan aku tinggal dengan nenek sejak dari kecil lagi.Bayangkan aku ke Kota Bharu dan tinggal dgn bapa saudara yg jarang berjumpa.Satu2 nya tujuan aku kesana hanya la sebab nk jaga tokki walaupon aku tahu aku berseorangan.Di hospital memang terasa sayu melihat keadaan tokki yg dah uzur terbaring.Hati terasa cukup risau.Risau takut kehilangan sama mcm aku kehilangan ibu tercinta setahun sebelum toki sakit.Ya Allah, rindunya dekat ma.Sungguh sakit rasanya.

Rutin harian dihospital seperti biasa membersihkan badan toki yg x mampu bangun.Sama ketika aku menjaga arwah ma di hospital terengganu.Disitulah aku banyak berdikari.Diusia itu aku berseorangan menjaga ma dan tokki dihospital.Memang x dinafikan aku banyak bersedih dan terpaksa berdikari.Mujur la masih ada nenek.Aku sayang sgt kat nenek dan nenek la satu2 nya tempat aku mengadu rasa.

Walaubagaimana pon, aku akur.Tuhan lebih menyayangi tokki.Tokki dijemput Ilahi pada usia emasnya.Jika tidak silap umur tokki ketika itu dalam 70-an.Rindu pd tokki yg sering manjakan aku dan adik.Alhamdulillah arwah tokki selamat dikebumikan di kg tualang bangu dimana kakak kandung toki juga dikebumikan disana.Untuk pengetahuan tokki memang berasal dari kelantan tp menetap didungun.

Tidak layak rasanya untuk sy memberi nasihat.Tapi hanya sekadar peringatan bersama,siapa pon kamu,disaat orang tua sakit ambil lah peluang menjaga mereka.Mungkin itu adalah peluang terakhir kamu membalas jasa mereka.Jgn takut sendirian,Jangan kamu merasa jijik menjaga makan pakai diorang ketika sakit kerana besar pahala berbuat baik.Jangan jadi bak kata pepatah "Ibu bapa boleh menjaga anak yg ramai,tetapi anak yg ramai belum tentu boleh menjaga ibu bapa yg seorang"..Marilah kita sama2 renungkan..

No comments:

Post a Comment