Wednesday, 17 August 2016
SENTIASA SEGAR DALAM INGATAN
Sentiasa segar dalam ingatan..
Dialah satu2 nya datuk @ tokki yg disayangi.Beliau sering memenuhi apa saja keinginan aku dan adik sebagai cucu kesayangannya.Sentiasa menjenguk ku dirumah..sentiasa..itulah orang yg paling aku sayang.Paling baik kepada ku.Dulu, tokki selalu saja memberikan ku duit belanja dan menuruti kemahuanku.
Ya Allah,rindunya..
Andai kata masa dapat di undur, ingin sahaja aku membahagiakan nya.Tapi apakan daya tuhan lebih menyayanginya.Al-fatihah buat arwah tokki Hassan.Tetapi aku bersyukur diberikan peluang dan kesempatan menjaga tokki semasa terlantar dihospital.Waktu tu aku form 6.Aku terpaksa cuti sekolah dengan agak lama untuk menemani dan merawat tokki dihospital.
Pada mulanya tokki dirawat dihospital dungun terengganu,tetapi anak saudara nya membuat keputusan untuk transferkan tokki ke Hospital Kubang Keriang Kota Bharu memandangkan di dungun tiada siapa2.Aku lantas mengikuti bapa saudaraku ke Kota Bharu demi menjaga tokki.Terasa sangat sayu jika mengimbau kembali detik itu.Memori itu masih segar dalam ingatan.Buat sementara waktu, aku tinggal dirumah bapa saudara iaitu dikampung Tualang Bangu untuk memantau keadaan tokki.Terpegun melihat sungguh cantik negeri kelantan.Udara segar dan banyak sawah padi.
Bermula la rutin harianku.Setiap hari aku ditemani ibu saudara dan bapa saudara menziarahi tokki.Terasa sedih melihat keadaan tokki yg x berupaya ketika itu.Aku terpaksa kuatkan semangat walaupon tiada tempat mencurah perasaan.Untuk pengetahuan semua aku jarang bertemu bapa saudaraku itu.Jumpa tu pon, setelah tokki sakit tenat.Sakit tokki dikategorikan sebagai sakit tua.
Sejak dari kecil lagi aku berdikari dalam semua hal memandangkan aku tinggal dengan nenek sejak dari kecil lagi.Bayangkan aku ke Kota Bharu dan tinggal dgn bapa saudara yg jarang berjumpa.Satu2 nya tujuan aku kesana hanya la sebab nk jaga tokki walaupon aku tahu aku berseorangan.Di hospital memang terasa sayu melihat keadaan tokki yg dah uzur terbaring.Hati terasa cukup risau.Risau takut kehilangan sama mcm aku kehilangan ibu tercinta setahun sebelum toki sakit.Ya Allah, rindunya dekat ma.Sungguh sakit rasanya.
Rutin harian dihospital seperti biasa membersihkan badan toki yg x mampu bangun.Sama ketika aku menjaga arwah ma di hospital terengganu.Disitulah aku banyak berdikari.Diusia itu aku berseorangan menjaga ma dan tokki dihospital.Memang x dinafikan aku banyak bersedih dan terpaksa berdikari.Mujur la masih ada nenek.Aku sayang sgt kat nenek dan nenek la satu2 nya tempat aku mengadu rasa.
Walaubagaimana pon, aku akur.Tuhan lebih menyayangi tokki.Tokki dijemput Ilahi pada usia emasnya.Jika tidak silap umur tokki ketika itu dalam 70-an.Rindu pd tokki yg sering manjakan aku dan adik.Alhamdulillah arwah tokki selamat dikebumikan di kg tualang bangu dimana kakak kandung toki juga dikebumikan disana.Untuk pengetahuan tokki memang berasal dari kelantan tp menetap didungun.
Tidak layak rasanya untuk sy memberi nasihat.Tapi hanya sekadar peringatan bersama,siapa pon kamu,disaat orang tua sakit ambil lah peluang menjaga mereka.Mungkin itu adalah peluang terakhir kamu membalas jasa mereka.Jgn takut sendirian,Jangan kamu merasa jijik menjaga makan pakai diorang ketika sakit kerana besar pahala berbuat baik.Jangan jadi bak kata pepatah "Ibu bapa boleh menjaga anak yg ramai,tetapi anak yg ramai belum tentu boleh menjaga ibu bapa yg seorang"..Marilah kita sama2 renungkan..
Tuesday, 16 August 2016
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Assalamualaikum..
Ape kbr semua? semperna bulan kemerdekaan ni mari la kita mengingati semula detik 31 ogos 1957 iaitu merdeka yg ke-59 pd tahun ini.
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.
Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.
Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.
Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru.
Setiap daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.
Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain atas pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pemasyhuran Kemerdekaan".
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dimana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus satu das.
Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikuti pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray.
Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan.Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu Elizabeth II ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England
Mari lah kita mengingati pengorbanan pahlawan2 negara.Takziah kpd keluarga pahlawan2 yg telah terkorban dalam mempertahankan negara dari ancaman komunis atau musuh negara.Kengenanglah kembali jasa yg dicurahkan demi mempertahankan tanah tumpah darah kita.

MENJADI IBU KEPADA DUA ORANG ANAK
Alhamdulillah..
Itu sahaja yg mampu terungkap dihati.bersyukur kehadrat ilahi dikurniakan dua orang puteri.Diijabkabulkan pada 13 september 2014.Sekarang, sungguh terasa bagaikan bermimpi telah dikurniakan dua cahaya mata secepat ini.alhamdulillah..alhamdulillah..
Biar saya perkenalkan puteri sulong saya bernama Nur Amni Humaira Bt Muhammad Ameer Ikhram & si kecil saya yang bongsu bernama Nur Amni Sophea Bt Muhammad Ameer Ikhram.Rasa mcm x percaya tp itu lah realiti nya..saya dah jadi umie.
Hari-hari yg mendatang terasa sangat gembira dan bahagia melihat anak-anak membesar di depan mata.Walaupun penat tp berpuas hati dapat melihat mereka membesar didepan mata.Setiap hari terasa begitu pantas waktu berlalu.Rasa penat hilang bila amni & adiknya opi tersenyum.
Terima kasih kepada suami yg sentiasa menjaga dan menyayangi kami seadanya.Rutin harian umie & abah setiap hari ialah menghantar amni & opi kerumah tok ma sebelum masing2 pergi kerja.Alhamdulillah amni & opi x banyak ragam malah diorang gembira sb ramai kawan2 di rumah tok ma.Untuk pengetahuan tok ma mereka memang mengasuh budak2.Sayang nak tinggal tapi apakan daya demi kerja.
Sekejap je waktu berlalu amni dah setahun dua bulan.Dah boleh berjalan pon & asyik nk bermain je kerjanya.Adik opi dh dua bulan lebih.Alhamdulillah umie dikurniakan opi x lama selepas kehadiran amni.Sungguh x disangka walaupun secepat ini tp saya bersyukur dan menerima dgn penuh gembira.Rancangla mcmne pon kalau tuhan nk beri rezeki anak xkn boleh tolak.Seriusly pd awal pregnancy terasa letih yg amat tp sekarang bila melihat keduanya terasa sgt bahagia.Tuhan tidak memberi sekiranya seseorang itu tidak mampu.Sungguh perancangan tuhan itu adalah yg terbaik.
Semoga amni & adik opi menjadi anak yg baik dan membanggakan.Umie syg abh,amni & opi.Dulu ada jgk la berangan nak anak kembar..comelnya.Tp sekali dapat dua yg jarak umur x jauh beza pon dah bersyukur..Nampak la mcm kembar jgk & membesar pon sama2..Semua tu akan menjadi detik terindah dalam hidup kami sekeluarga.Insyallah..Semuanya rezeki dari Allah.
Usai balik kerja umie akan bawa anak2 pusing taman.Letih?Memang letih tapi puas hati tengok anak gembira.Dapat berlari, main2 dgn kawan2.I love you kesayangan umie abah.Walaupon letih ibubapa kena luangkan masa utk anak2..Yela melihat mereka dimasa kecil ini sekejap je.Nanti masing2 dah besar.Amni, opi please jgn cepat sgt besar.umie rindu.huhuhu. : ( .Apapon masa pantas berlalu.So, hargailah masa yg sekejap ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)